Menerusi isu semasa yang dipaparkan
di akhbar ini, Dr. Anuar Ahmad telah menyatakan bahawa:
· Proses pembelajaran dalam sistem
pendidikan di Malaysia ini tidak begitu membentuk pelajar yang mempunyai
kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif.
· Pelajar tidak berani untuk
menyuarakan pendapat mereka sendiri di khalayak ramai.
Oleh itu, beliau menyarankan agar
pihak yang sewajarnya perlu mengambil tindakan untuk menangani masalah ini
supaya para pelajar dapat menjelajahi ilmu yang mereka pelajari ke peringkat
yang lebih tinggi dan sekaligus dapat memperkembangkan idea mereka kepada orang
lain.
Selain itu, beliau juga ada menyatakan beberapa masalah yang berkaitan
dalam pemupukan kemahiran berfikir pelajar. Ianya adalah disebabkan oleh:
· Pelaksanaan pembelajaran secara
dalam talian. Hal ini menyebabkan murid-murid susah untuk mengikuti kelas
secara atas talian disebabkan oleh hal-hal yang tertentu. Sebagai contoh,
ketiadaan rangkaian internet, ketiadaan telefon bimbit atau gajet yang sesuai
untuk sesi pembelajaran dan sebagainya.
Oleh sebab itu, guru-guru menjadi
sukar untuk memupuk pelajar mereka untuk berfikir dengan lebih kreatif mengenai
sesuatu topik semasa PdP berlangsung.
Untuk menyelesaikan masalah ini daripada berlarutan, beliau telah
menyarankan agar guru menggunakan teknik penyoalan efektif ketika mengajar.
Sebagai contoh, mengadakan ruangan forum atau perbincangan dalam talian yang
berunsur berfikiran kreatif dengan para pelajar. Sekiranya ia dilakukan maka lama
kelamaan cara ini mampu untuk meningkatkan daya berfikir para pelajar dari
semasa ke semasa.
RUJUKAN
Ajmain@Jima’ain, D. M. (2021, April 6). Kemahiran berfikir pelajar
perlu dipupuk. Retrieved from Berita harian online: https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/04/803936/kemahiran-berfikir-pelajar-perlu-dipupuk
Khalid, I. (2022, Januari 11). Generasi
hari ini kurang kemahiran komunikasi, pemikiran kritis - Pakar. Retrieved
from Astro Awani: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/generasi-hari-ini-kurang-kemahiran-komunikasi-pemikiran-kritis-pakar-341030

Comments
Post a Comment