APA ITU KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIKAL & KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM PEMBELAJARAN?

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua.

Hari ini saya akan mengupas satu kajian jurnal mengenai bagaimana hubungan kemahiran keusahawanan dalam pembelajaran mampu membentuk pelajar yang berfikiran kritis.

Sebelum itu adakah kita tahu apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran berfikir secara kritis atau kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ini?

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), kemahiran berfikir secara kritis ini adalah kebolehan untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional dalam membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Manakala, KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (Muda, 2014).

          Justeru itu, bagi menghadapi persaingan global yang semakin meningkat pada masa kini, adalah wajar bagi setiap individu yang akan dilahirkan pada masa depan ini diajar untuk berfikir dengan lebih kritikal agar mereka dapat beradaptasi dengan dunia yang sering mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis di sekolah merangkumi tujuh elemen penting. Berikut merupakan elemen penting dalam penerapan kemahiran berfikir secara kritikal dalam kalangan pelajar:


Selain itu, kemahiran berfikir ini diterapkan kepada murid-murid agar mereka tidak terlalu menghafal akan sesuatu ilmu tersebut. Malah, mereka perlu faham dan tahu apa yang mereka pelajari dengan mengasah akal fikiran mereka pada tahap yang tinggi demi menguasai kemahiran seperti menilai, mengaplikasi, menganalisis dan mencipta. Dengan ini, mereka akan dapat menyelesaikan masalah yang berlaku di persekitaran mereka dan berupaya untuk menghasilkan jalan peneyelesaian secara kreatif dan inovatif terhadap sesuatu masalah tersebut.

          Manakala, bagi kemahiran keusahawanan pula, ia juga begitu signifikan untuk diaplikasikan dalam pembelajaran di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana kemahiran ini bukan sahaja mampu menjadikan seseorang pelajar itu dapat berfikir dengan lebih kritis malah ia juga mampu membentuk kemahiran-kemahiran lain yang diperlukan oleh seseorang pelajar pada masa akan datang. Berikut merupakan kemahiran-kemahiran lain yang akan diperoleh oleh seseorang pelajar menerusi kemahiran keusahawanan:


*   Kemahiran Mencari Peluang

·      Menjadikan seseorang pelajar itu akan sentiasa berusaha untuk mencari ilmu yang tidak diajari di dalam kelas menerusi pelbagai cara. Sebagai contoh, membaca buku, menyertai pertandingan inovasi dan lain-lain lagi.

*   Kemahiran Mengambil Risiko

·      Pelajar akan menjadi lebih berani menghadapi segala masalah dan cabaran yang berkaitan dengan pelajaran mereka dan sentiasa mencuba untuk mencari jalan penyelesaian dengan bijak untuk menyelesaikan setiap masalah yang berlaku itu dengan lebih kreatif serta tidak bergantung kepada mana-mana guru. Mereka juga akan lebih bersedia dengan segala kemungkinan yang akan dihadapi berdasarkan keputusan yang telah dibuat itu.

*   Kemahiran Berkomunikasi

·      Pelajar akan semakin berani untuk menyuarakan pendapat masing-masing berkenaan sesuatu perkara di khalayak ramai supaya idea mereka diambil kira oleh semua masyarakat. Mereka juga dapat meyakinkan orang-orang di sekeliling mereka itu dengan hujah-hujah yang bernas berdasarkan apa yang telah dipelajari oleh mereka di sekolah.

*   Kemahiran membentuk hubungan atau jaringan luar

·      Para pelajar akan senang untuk bergaul dengan semua orang dan dengan ini mereka akan lebih senang untuk menimba ilmu dengan berkongsi pendapat antara satu sama lain dengan pelbagai masyarakat tidak kira agama mahupun bangsa. Perkara ini akan mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan antara kaum.  

RUJUKAN

Muda, D. M. (2014). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Aplikasi di Sekolah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum.

dipedmara4 Follow. (2012, June 18). Kemahiran Keusahawanan. SlideShare a Scribd company. Retrieved June 29, 2022, from https://www.slideshare.net/dipedmara4/unit-2-entreprenerial-skills


Comments