Berikut
merupakan antara langkah yang boleh dilakukan oleh para pendidik bagi
memastikan kemahiran berfikir dapat diterapkan dalam kalangan pelajar.
1) Penggunaan Teknik Penyoalan
·
Penggunaan teknik mencungkil
jawapan murid dengan aras soalan yang sesuai secara menyeluruh di dalam kelas dapat
membantu meningkatkan kemahiran berfikir dalam diri murid-murid. Hal ini
menyebabkan mereka akan sentiasa terdedah dengan pelbagai soalan sama ada
mudah, sederhana atau susah untuk setiap subjek yang dipelajari. Dengan ini, para
pelajar akan dapat bersedia dengan lebih lagi untuk mempelajari sesuatu ilmu
itu dan bukannya hanya mengharapkan pengajaran daripada seorang guru sahaja.
2) Penggunaan Hands-on
·
Bahan pengajaran atau alat bantu
mengajar seperti “hands-on” iaitu laptop, powerpoint dan sebagainya mampu
merangsang pemikiran para pelajar untuk berfikir mengenai sesuatu topik
tersebut semasa proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) berlaku di dalam
kelas. Hal ini kerana selalunya apabila seseorang guru itu menggunakan “hands-on”
ini, kebanyakan maklumat yang dibekalkan di dalam “hands-on” itu selalunya
tidak begitu jelas. Hal ini menyebabkan para pelajar akan sentiasa berfikir dan
mengambil peluang yang ada untuk bertanya kepada guru masing-masing berkenaan
perkara yang mereka tidak fahami.
3) Penggunaan Peta Minda, Grafik atau Projek
·
Pembelajaran yang berasaskan
projek juga dapat merangsang daya fikir para pelajar. Hal ini demikian kerana
para pelajar akan dapat merasai sendiri pengalaman untuk membuat sesuatu projek
tersebut. Selain itu, mereka juga akan turut memberi pendapat masing-masing
berkenaan apa yang mereka ketahui. Melalui aktiviti seperti ini, para pelajar
akan dapat mengimplementasikan segala pengetahuan yang mereka ada itu dalam
kehidupan seharian.
RUJUKAN
KRUPIAH,
M. A. G. E. S. W. A. R. Y., & S. KANNADASAN. (2021). Penerapan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi Dalam pengajaran dan Pemudahcaraan Bahasa tamil [infusion
of higher order Thinking Skills on Teaching & Learning tamil language]. Muallim
Journal of Social Science and Humanities, 202–209.
https://doi.org/10.33306/mjssh/153
Rahimah,
E. (1970, January 1). Memupuk Kemahiran Berfikir Secara Bersepadu di
Peringkat Sekolah. Welcome to UniSZA Institutional Repository (UniSZA-IR).
Retrieved June 29, 2022, from https://eprints.unisza.edu.my/241/

Comments
Post a Comment