KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIKAL

 

Terdapat beberapa kepentingan kemahiran berfikir secara kritikal kepada murid-murid. Antaranya ialah seperti dinyatakan di dalam peta minda di bawah ini:


          Kepentingan yang pertama adalah untuk mengelakkan murid-murid daripada tersilap berfikir. Hal ini dikatakan demikian kerana kita sering melakukan kesilapan ketika berfikir lebih-lebih lagi semasa membuat sesuatu keputusan serta menyelesaikan masalah. Hal ini kerana kesilapan yang sering kita lakukan ini adalah disebabkan oleh kita terlampau terburu-buru, fikiran bercelaru dan sempit ketika menetapkan sesuatu keputusan. Sebagai contoh, apabila seseorang itu ditimpa musibah atau masalah, sesetengah individu akan menjadi tidak mahir dalam merancang dan menyusun idea yang hendak disampaikan dengan sistematik kerana fikirannya yang sedang bercelaru. Dengan itu, mereka akan bertindak secara tergesa-gesa untuk menyelesaikan masalah. Dengan ini, mereka akan tersilap dalam menetapkan keputusan dan akhirnya menyebabkan berlaku penyesalan dalam diri mereka itu sendiri pada masa yang akan datang.

          Seterusnya adalah untuk menggalakkan pengamalan budaya berfikir secara kritis dan kreatif. Hal ini demikian kerana apabila dapat berfikir secara kritis, para pelajar akan dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pelajaran mereka dengan lebih bijak. Mereka juga akan boleh menghasilkan idea yang lebih kreatif dan dapat mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman itu secara lebih praktikal lagi. Bahkan budaya sebegini juga amat penting sekali untuk tenaga kerja pada masa hadapan (Abdul Said Ambotang, 2014).

          Akhir sekali, untuk mewujudkan pemikiran yang baik dan berkesan. Dengan berfikir secara baik ini, para pelajar akan dapat menguji tahap kebolehan mereka dalam mengingati tentang konsep, fakta dan hukum. Mereka juga akan dapat menterjemah, mengintepretasikan fakta dan prinsip yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian mereka. Integrasi ilmu dapat digunakan dengan sebaik mungkin apabila seseorang itu dapat berfikir dengan lebih baik tanpa sebarang masalah.

          Oleh itu, kemahiran berfikir adalah merupakan kemahiran yang begitu penting dalam pendidikan. Melalui penerapan kemahiran sebegini, para pelajar akan sentiasa didedahkan dengan situasi yang menggalakkan mereka untuk berfikir dengan lebih kritikal. Dengan ini ia akan membantu meningkatkan mutu kualiti pembelajaran mereka di sekolah di samping meningkatkan kualiti pemikiran mereka.

Setakat ini sahaja coretan saya mengenai kemahiran berfikir secara kritikal dalam kalangan pelajar di sekolah. Saya berharap segala info dan maklumat yang diberikan dapat membantu semua orang untuk memahami lagi berkenaan kemahiran berfikir secara kritikal ini dalam pembelajaran.

Sekian, terima kasih.

RUJUKAN

Abdul Said Ambotang, M. Y. (2014, Mac 5). Minda Pendidik. Retrieved from Menerapkan Kemahiran Berfikir: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8398/1/nc0000003879.pdf

Comments